Thursday 13 December 2012

Perjalanan kita selepas kematian




Assalamualaikum..iliya, sebagai kawan, kita perlu saling mengingati kan ? Di samping tu, aku nak memperingatkan diri aku jugak. Aku tak tahu nak cakap apa lepas baca ni..seriously, aku tak dapat tahan perasaan aku masa baca post ni dekat blog someone. Aku menangis bila teringat dosa dosa aku yang banyak..astaghfirullah.


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
  'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
  Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
  Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
   Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

   Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
  Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004

* beringatlah pada kehidupan kita yang kekal abadi di sana *

Sunday 17 June 2012

upsi story ?

assalamualaikum..najwa sekarang ni kan aku tga dduk melangut mengadap laptop nih..aku bosan sangat..na mesej kau tp kau paham2 jelakan..kite kan tga mengalami zaman kegawatan ekonomi sekarang ni..so jom lah aku story kat kau gune blog ni je k..btw,aku ade115 story untuk kau since dah 7 hari aku dduk sini.ok sekarang ni aku baru habis orentasi..esok start kuliah dah..urmmm not bad la orentation week kat sini seronok..ta de la kene buli pon..tp kn..kau na tau hari tu aku kene pindah bilk..haaa dengan terkedek2nye aku p la angkot barang2 aku yg berguni2 tu naik turun lif..sedih kan..kau da r ta de na tlg aku..oh lg2..housemate aku ade 3 org budak kelantan..and salah seorangnye adalah roommate aku..oh noooo aku ta paham dorg royak gapo dio..ckp laju sgguh..blur dah aku...lagi satu kan..aku takot la na p kuliah esok..da r aku ta tau tempat blaja tu kat mana..jauh pulak tu kene naik bas sorang2 bersesak2..dengan ta de membernye..hurmmmm ta de pon org na layan aku bergosip kat sini..ari tu kan aku tido pkol 2 pg kau tau..aku ta bole tido la kat sini..maybe ta biase lg kot kan..dsebabkan mata aku ta antok langsung aku dduk la kat ruang tamu tuh sorang2..umm kolej yg aku stay ni ade 4 bilik n satu bilik due org so ade lapan orglah satu rumah..4 org senior umur da 21 n 3 lagi baru 18 taon..aku kire sedang2 la tibe2 sesat 19 kat sini kan..haha..um ape lagi ek..pikir2..OH ! paling best gempak terhangat ! aku bapak la terkejooottttt bile mmber aku kat sini ttbe bukak fb n kenalkan megat kat aku..bapak arhhh sampai ke sini org kenal megat gempak r budak kecik tu..betol2 famous dah budak tu..pelik aku sampai ke sini aku dgr name die..tp tu la..bak kata kau kan..biase la budak famous sume org kenallll..kannn..hurmm aku pon da ta tau na ckp ape da ni..ape pon aku hope kau doakan aku kat sini k..doakan aku dapat grad lg 3 taon..doakan aku berjaya n selamat kat sini tau..tidak nnti ta de sape da na teman kau membebel sorg2..kau tu da la pelik..nti bebel an org laain takot dorang ta paham pulak..jgn lupe aku ! sebab aku sorg je yg bole paham ape yg kau cube merepekkan..haha..aku rindu kau kawan..rindu na call kau sampai subuh ! hahaha..k lah aku ta tau na ckp ape dah..assalamualaikum..gudluck stp study sampai bjye k..;)

Wednesday 23 May 2012

LEBIH MANIS, BERCINTA LEPAS KAHWIN.


Sebenarnya tak tahu nak update apa. *mengada* Tapi nak share lah satu story yang realiti, sweet sangat kot ! Dulu  pernah sekali tengok video dia dilamar dekat youtube. Sekarang ni, setelah puas stalk dia. *sosorry* hehe. Story yang paling latest, dia dah kahwin dengan lelaki tu. Apa yang bestnya cerita pasal dorang ni ? Best wei ! Tak pandai sangat nak membebel panjang, selalunya terus bergosip je. hehe. Rasanya lepas tengok semua-semua ni, korang akan faham apa yang cuba disampaikan. :)



Sweetkan ? Hope sangat ada orang melamar aku dengan cara yang sweet macam ni. *lariiiii* :p
Ni gambar first date dorang. Sebelum ni dorang tak pernah kenal langsung, tak pernah jumpa.

Majlis akad nikah. 28hb April 2012.









Seee..dorang nak bergambar pon rasa kekok lagi. hehe >.<










Malam lepas akad nikah. Dating.



Oh, yess..seriously, I'm jealous with you guys. Hope aku jumpa jodoh yang sweet macam Aliff. hehe. Btw, Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal sampai Jannah. Aminnn ^__^
Kak Dena, sorry saya curi gambar kak dena, janji lepas ni saya tak buat lagi *sorry sangat sangat* huhu
Well..tu jelaa yang dapat dikongsi bersama. Nak tahu lagi perkembangan sweet kisah pasangan serasi ni, follow twitter kak Dena https://twitter.com/#!/DenaBahrin atau bacalah blog kak Dena. http://denakamarulbahrin.blogspot.com/ Lagi menarik, tertarik ! haha Asslamualaikum. :')


Saturday 14 April 2012

PERPISAHAN SEMENTARA

LELAKI : Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sangatlah kat awak. Bagi saya, awak perfect.

PEREMPUAN : Ok, boleh je takde masalah. Couple ke?

LELAKI : Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

PEREMPUAN : Ok. Bila nak kahwin?

LELAKI : Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

PEREMPUAN : Ok, kita putus sekarang gak.

LELAKI : Eh, kenapa?????

PEREMPUAN : Kerana tiga sebab

Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa untuk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah..


LELAKI : Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.

PEREMPUAN : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon.. Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Salam.

LELAKI : Wslm
 
 
* LEBIK BAIK TINGGALKAN "SESUATU" KERANA ALLAH, DARIPADA TINGGALKAN ALLAH KERANA "SESUATU"

Saturday 7 April 2012

FITNAH HATI

SOALAN:
Dulu saya pernah meminta nasihat daripada seorang lelaki. Dia juga ingin mencari seorang lelaki soleh untuk saya. Kami selalu berhubung melalui telefon dan e-mel. Dia juga meminta biodata dan ingin tahu perwatakan saya. Sekarang, saya terkesan dengan setiap percakapannya. Dia pernah menyatakan dia menyayangi saya kerana ALLAH. Bolehkah seorang lelaki yang bukan mahram menyatakan sebegitu kepada saya? Bagaimanakah cara untuk saya menyelesaikan perkara ini?


JAWAPAN:
Tidak patut bagi mana-mana lelaki menyatakan hal ini kepada mana-mana wanita yang bukan mahram (individu yang boleh dinikahi) dengannya. la boleh menyumbang kepada fitnah hati kerana terpikat dengan kata-kata tersebut. Perbuatan seperti ini dilakukan oleh kebanyakan lelaki dengan niat yang baik, harapan dan istiqamah. Tetapi ia adalah cara yang salah dan haram disisi agama. Sabda Rasulullah s.a.w., "Dosa adalah apa yang terdapat di dada kamu dan kamu benci jika diketahui oleh manusia. " - Hadis riwayat Muslim: 4632.

Lelaki tersebut mesti menyembunyikan perkara ini daripada orang lain. Usaha untuk mencari jodoh yang baik amat digalakkan. Usaha ini akan dinilai oleh ALLAH. Tetapi janganlah kamu mengambarkan perwatakan kamu secara berlebihan padanya.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak boleh bagi seorang wanita bercampur dengan wanita lain, kemudian menceritakan halnya kepada suaminya seolah-olah suaminya dapat melihatnya sendiri". Hadis riwayat Muslim: 5240.

Kamu boleh mengambarkan perwatakan kamu sekadar apa yang diizinkan syarak jika dia ingin melamar kamu, iaitu muka dan tapak tangan. Tapi ini dikhususkan bagi lelaki yang benar-benar ingin menikahi kamu. Lelaki tersebut pula perlu meminta nasihat orang yang berilmu atau orang tengah untuk melihat wanita yang ingin dilamar tanpa pengetahuannya (wanita tersebut).

Selain itu, kami nasihatkan agar kamu memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Pohonlah keampunan daripada ALLAH di atas segala yang berlaku. Berwaspadalah ketika bermuamalat (bergaul). Jauhkanlah diri daripada fitnah yang boleh menjauhkan kamu daripada rahmat ALLAH. Untuk makluman kamu, wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki. Oleh itu, jagalah peribadi kamu sebagai wanita solehah agar tidak menyebabkan orang lain terjebak dalam dosa.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling dahsyat ke atas lelaki melainkan fitnah wanita.” - Hadis riwayat al-Bukhari: 4706 dan Muslim: 4923.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Dunia adalah sesuatu yang segar dan manis, ALLAH melantik kamu sebagai khalifah untuk melihat sejauh mana kamu boleh lakukan. Takutilah fitnah yang ada pada dunia dan takutilah fitnah yang ada pada wanita. Sesungguhnya fitnah pertama bagi Bani Israel ialah wanita.” –Hadis riwayat Muslim: 4925

Monday 2 April 2012

PENGHAPUS DOSA

 Assalamualaikum w.b.t ..

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

sumber: www.himynameisasri.blogspot.com
 

Subhanallah, nampak tak betapa sayangnya Allah s.w.t terhadap makhlukNya. Tapi, kita sendiri sentiasa lalai dan jarang mengikut suruhan serta perintahNya malah lebih teruk lagi kita terus lupa dan alpa dan tidak menunaikan langsung perintahNya. Oleh itu, sementara kita masih bernyawa ni marilah kita sama-sama menunaikan perintahNya dan jangan sesekali melupakanNya. Memang, selalunya orang-orang macam kita ni hanya ingat Allah ketika sedang susah. Waktu senang kita terus lupakan Dia.

ANAK ASET KE SYURGA ATAU NERAKA ?

Okay,seriously video ni sedih sangat.Pernah tak selama ni kita fikir yang kita ni akan jadi aset untuk parents kita ke syurga atau ke neraka ? Sanggup ke kita nak heret sekali parents kita ke neraka hanya disebabkan segala dosa2 yang kita sendiri lakukan .Dah bertahun2 parents kita berkorban semua benda hanya untuk membesarkan kita tapi apa balasan kita untuk mereka ? okay , jom kita tengok video ni and sambil tu cuba kita bayangkan wajah kedua ibu bapa kita,cuba kita fikir balik apa yang kita dah buat kepada mereka selama ni . Mampu ke kita bawa kedua ibu bapa kita ke syurga ?         
                           
                               

Taubat la wahai sekalian anak.. kamu tak akan wujud tanpa orang tua mu, bagi la balasan yg setimpal dengan kewujudan mu di dunia ini...ingat la Allah itu Maha Adil.. Jika kamu melakukan kebaikan maka baik la balasan untuk mu, tetapi jika kamu berpaling arah maka ingat la pasti ada balasan menanti mu kelak.
Cute Pink Face Kaoani